Mikrob Nutrenics

Penjimatan dalam meningkatkan:

  • Kesuburan Tanah
  • Pertumbuhan Tanaman
  • Hasil Tanaman
  • Pertahanan dari Penyakit
  • Penyerapan Baja
  • Pemulihan Alam Sekitar

Pengenalan

Nutrenics Plant Biostimulant adalah gabungan lebih 15 jenis organsima mikroskopik semulajadi (mikrob) yang bermanfaat untuk kesuburan tanaman dan tanah. Mikrob-mikrob ini bekerjasama menggalakkan pelbagai aktiviti penting di dalam tumbuhan dan tanah yang seterusnya memberi kesan ketara ke atas kesuburan tanah, pertumbuhan tanaman, hasil tanaman, pertahanan terhadap penyakit, penyerapan baja selain menghasilkan pelbagai kesan pemulihan ke atas alam sekitar.

Mikrob yang terhasil secara alami ini boleh didapati di seluruh dunia di dalam tanah yang subur tanpa sebarang modifikasi genetik. Mikrob ini adalah 100% asli, tanpa sintesis tiruan dan tanpa kandungan baja asli atau patogen.

Tanah yang Subur

Aktiviti mikrob yang baik di dalam tanah adalah penting untuk kesuburan dan pertumbuhan tanaman. Tanah yang subur mengandungi beribu juta mikrob yang menjalankan pelbagai tugas dalam mencipta satu ekosistem yang simbiotik dengan tanaman, membekalkan zat-zat penting untuk kesuburan, pertumbuhan dan hasil tanaman yang terbaik.

Kebanyakan amalan pertanian konvensional seperti penggunaan baja, racun serangga perosak, racun rumput rumpai atau perumpunan tanah boleh merosakkan keseimbangan mikrob dan kesuburan tanah secara keseluruhan. Meningkatkan kehadiran mikrob baik di dalam tanah adalah cara alami menyuburkan tanah.

Penggunaan

Nutrenics Plant Biostimulant mudah digunakan; hanya cairkannya menggunakan air yang sesuai untuk tanaman dan sembur ke atas semua permukaan tanaman dan tanah. Mikrob-mikrob yang terkandung di dalamnya akan meresap ke bahagian-bahagian yang memerlukannya.

Mengapa Mikrob?

“Petani biasa menyemai tanaman, petani bijak menyemai tanah.” – Tidak diketahui

Sejak beberapa dekad ini, kepentingan mikrob untuk kesuburan tanah semakin disedari. Terdapat pelbagai rujukan mengenai perkara ini di Internet dan kami telah merangkumkan sebahagian daripadanya di penghujung seksyen ini termasuk video-video dari YouTube sehinggalah terbitan-terbitan saintifik.

Baca lebih lanjut mengenai Mikrob......

Zon akar tanaman atau “rhizosphere” adalah lapisan pemisah di antara akar dan tanah. Bagi tumbuhan dan tanah yang subur, zon ini padat dengan kehadiran dan aktiviti mikrob-mikrob yang menyalurkan pelbagai zat dari tanah kepada tanaman dan tanaman pula menyalurkan hasil fotosintesis kepada mikrob-mikrob tersebut. Sistem yang rumit ini penting untuk kesuburan tanaman dan sebarang gangguan ke atasnya akan menjejaskan pertumbuhan tanaman.

Hal ini boleh dibuktikan dengan mengambil sedikit tanah yang subur, masukkannya ke dalam ketuhar gelombang mikro dan panaskan untuk seketika. Secara fizikal, tidak banyak perubahan berlaku tetapi tanah tersebut sebenarnya telah ‘mati’ berbanding sebelumnya. Mengapa? Kerana semua bakteria, kulat, virus dan mikrofauna yang bermanfaat untuk tanah dan tanaman telah terhapus. Kesan ketuhar gelombang mikro juga akan menyahaslikan enzim, rhizohormones dan lain-lain unsur kompleks organik; kebanyakan cara pengendalian tanah yang lazim pada masa kini menyumbang kepada berlakunya penyahaslian ini. Hal ini boleh diuji dengan membandingkan keadaan tumbuhan yang ditanam di dalam tanah tanpa kehadiran mikrob dan yang ditanam di dalam tanah yang padat dengan mikrob.

Tanaman sukar bertumbuh di dalam tanah yang kekurangan aktiviti mikrob berikutan kekurangan mekanisme yang membolehkannya melerai, menghantar dan menyerap zat-zat yang diperlukan. Kebanyakan amalan pertanian lazim di seluruh dunia pada masa ini seperti pembajaan melampau, penggunaan bahan-bahan kimia pertanian seperti racun serangga perosak, racun kulat dan perumpunan tanah bertindak mengurang atau menghapuskan mikrob-mikrob baik ini.

Akar pra-koloid mengalirkan bendalir keluar dari akar avokado yang sedang bercambah. Rembesan dari akar membantu pembentukan koloid di dalam tanah yang menjadi medium bagi interaksi bersinergi di antara tumbuhan, akar dan tanah. Video ini jelas menunjukkan satu bahan berunsur jel bersifat dinamik yang membaluti akar-akar kecil.

Mengapa mikrob kurang digunakan?

Kebanyakan petani terutamanya dalam sektor pertanian organik menggunakan pelbagai produk yang mengandungi mikrob seperti baja asli dan teh kompos. Persoalannya sekarang ialah apakah jenis mikrob tersebut dan apakah fungsinya? Pendekatan ini mengandaikan bahawa semua mikroorganisma yang diperlukan sudah terkandung di dalam tanah atau baja asli dan boleh dibiakkan dengan mudah. Kajian ke atas keberkesanan teh kompos menunjukkan terdapat pembolehubah yang tinggi kepada pendekatan ini dan bahawa andaian ini tidak semestinya tepat.

Pendekatan lain ialah dengan mengasingkan beberapa jenis mikrob baik dan menggunakan setiap satu sebagai perangsang bio; pendekatan ini telah menunjukkan hasil yang menggalakkan. Perintis utama pendekatan ini ialah Professor Teruo Haga dari Jepun yang memperkenalkan konsep “Effective Microorganisms” atau EM pada tahun 1980an. EM menjadi terkenal dalam pasaran khusus dan di kalangan pengikutnya sehinggalah hari ini. Sungguhpun begitu, penemuan ini sukar dikembangkan dan kajian saintifik ke atasnya masih berjalan.

Secara dasarnya, pemilihan mikrob yang betul adalah kunci kepada kejayaan penggunaannya. Bagaimanapun, pemilihan sekumpulan mikrob yang kelihatan saling melengkapi tidak menjamin keputusan tentang bagaimana mikrob-mikrob tersebut akan bertindakbalas sesama sendiri. Kumpulan-kumpulan mikrob ini lazimnya akan bersaing sesama sendiri dan beberapa jenis yang dominan akan muncul. Justeru itu, berdasarkan produk-produk yang boleh didapati di pasaran, adalah sukar untuk mendapatkan produk yang mengandungi lebih daripada 5 jenis mikrob. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa produk-produk ujian makmal pada masa kini tidak mencapai prestasi yang diharapkan.

Penyelarasan Mikrob

Kemajuan utama mikrob Nutrenics adalah penggunaan kaedah hak milik dalam menyelaraskan fungsi-fungsi mikrob untuk bertindakbalas kepada isyarat yang diberikan oleh tanaman. Hal ini membolehkan kami menyediakan pelbagai jenis mikrob dengan spektrum manfaat yang meluas untuk tanah dan tanaman. Formula kami mengandungi lebih 20 jenis mikrob dengan fungsi yang pelbagai termasuk untuk memperbaiki Nitrogen, melarutkan Potasium, Fosforus dan Silikon serta meleraikan toksin di dalam tanah. Untuk butiran lanjut, sila rujuk senarai fungsi-fungsi Nutrenics Plant Biostimulant di bawah.

Fungsi dan Kesan

Mikrob-mikrob yang terkandung di dalam Nutrenics Soil Biostimulants menjalankan fungsi-fungsi berikut untuk tanah, samada yang sihat atau diracun, yang membantu pertumbuhan tanaman dan hasil tanaman. Mikrob-mikrob ini juga menjalankan beberapa siri fungsi yang bermanfaat untuk pelbagai jenis tanaman. Kesan khusus bergantung kepada keadaan tanah, jenis tanaman, keadaan alam sekitar dan sebagainya, tetapi semua tanaman akan mengalami kesan yang disenaraikan hasil penggunaan Nutrenics Soil Biostimulant.

Baca lebih lanjut mengenai Fungsi dan Kesan...

Pemulihan tanah:

Nutrenics Plant Biostimulant menjalankan fungsi-fungsi berikut yang menyumbang kepada pemulihan tanah:

  • Pembebasan mineral tanah yang dipolimerkan serta zat-zat seperti fosfat, nitrat, trikalsium dan molekul-molekul kompleks seperti humat, fulvat, polisakarida dan sebagainya bagi menyediakan komponen-komponen ringkas yang mudah diserap dan mesra tumbuhan. Pembebasan unsur surih ke dalam tanah jika dan apabila diperlukan menurut isyarat tanaman.
  • Pemulihan tanah yang diracun (disebabkan salah guna racun serangga perosak, baja, bahan organik yang mereput ekoran biodegradasi toksin menjadi makanan berguna untuk tanaman).
  • Penghindaran berlakunya pereputan dengan cara menghapuskan patogen penyebab seperti Clostridium, Salmonella, Esterichia dan sebagainya.
  • Peningkatan penyimpanan karbon di dalam tanah dengan mempercepatkan proses penghasilan kompos, pensekuesteran asid humik, penghasilan karboksil dan penghapusan CO2 dari udara. Nisbah karbon kepada nitrogen dikembalikan secara perlahan-lahan kepada lebih kurang 10-15.
  • Sekatan selektif ke atas racun seperti arsenik, mangan dan besi apabila tidak diperlukan langsung oleh tanaman.
  • Kebolehan penguraian bio yang tinggi untuk menukar sisa tumbuhan yang baru mati menjadi unsur organik tanah (‘soil organic matter’ atau SOM). Semua manfaat hasil peningkatan SOM dirangkumkan.
  • Pengurangan kehilangan bahan larut lesap menerusi penyeimbangan peratus zat-zat bio bebas kepada kadar yang boleh ditukar dan ditetapkan. Ini bergantung kepada keperluan tanaman.
  • Pengurangan kehilangan pemeruapan dan eutrofikasi dari tanah termasuk larian cerun ekoran koloidisasi mikrob tanah berserta penyelarasan pH, hidrasi, dan kandungan garam.
  • Penstabil pH tanah dan pengikat unsur surih. Juga tiksotropi bagi mengelak ketidakstabilan cerun.

Kesuburan Tanaman & Fungsi

Fungsi penyelarasan mikrob-mikrob ini menghasilkan manfaat-manfaat berikut apabila diperlukan oleh tanaman dan tidak bergantung kepada kawalan atau campur tangan manusia:​

  • Pertambahan dari segi saiz akar, pengagihan dan kedalaman penembusan. Lebih daya pertahanan terhadap banjir, tekanan oksigen separa rendah dan kebantutan akar. Pengoptimaan isyarat perkumuhan akar, modulator bio dan sebagainya bagi memilih fungsi yang perlu diutamakan, dipercepatkan atau diperlahankan.
  • Mengawal rembesan akar bagi enzim anti-penyakit dan penyekat reproduktif tertentu dengan merangsang sel-sel akar tumbuhan untuk menjalankan fungsi-fungsi seperti kitinase, glukanase, peroksidase, dan peptidase yang kadangkala diberikan oleh Trichoderma kami terhadap phytium an scleroctium.
  • Meningkatkan penyerapan akar dengan mengoptimakan mekanisme pembawa transmembran, serta kelajuan dan kepadatannya.
  • Meningkatkan kapasiti tukaran kation tanah melebihi 8%.
  • Peningkatan abruscularization akar oleh kulat baik tertentu.
  • Membantu mengoptimakan fotosintesis, pembentukan proteins dan kanji serta penghasilan koenzim.
  • Penghasilan faktor-faktor pertumbuhan tanaman termasuk Auxins, Gibberellins, Brassinosteroids dan Betaines.
  • Memperkuatkan tanaman daripada tekanan abiotik, jangkitan dan penyakit. Kawalan penyakit mendorong tumbuh-tumbuhan tertentu menghasilkan phytoalexins, momilactones, peroxidase dan sebagainya.
  • Peningkatan pemendapan silikon di dalam buliform tumbuhan menyumbang kepada kekerasan, peningkatan pembendungan air (+15%) yang meningkatkan daya pertahanan terhadap kemarau.
  • Struktur daun yang lebih keras juga membolehkan penghalaan optimum ke arah matahari untuk proses fotosintesis.
  • Membolehkan lebih keberhasilan penanaman selingan dan hasil yang baik di bawah tempat separa teduh.
  • Dalam kes tertentu, merangsang daya pertahanan terhadap penyakit sub-klinikal agar masih boleh memberi hasil tanaman yang memuaskan tanpa kerosakan seperti Ganoderma, fusarium dan glysporia.

 

Sawah padi yang dirawat dengan Nutrenics Plant Biostimulant sebelum penuaian menunjukkan hasil yang besar.

Hasil Tanaman

Oleh kerana fungsi penyelarasan mikrob kami adalah mengikut keperluan tanaman apabila diperlukan, terdapat manfaat-manfaat penting kepada hasil tanaman dari segi kuantiti dan kualiti tanpa menjejaskan kesuburan tanaman:​

    • Peningkatan hasil buah dan bijirin – peningkatan berat dan kemanisan buah. Peningkatan dari segi isi bijirin, peratus kesuburan, bilangan kelompok bunga semeter persegi dan sebagainya.
    • Lebih isi bijirin dan dinamik translokasi zat: peningkatan +20% bagi setiap 1,000 berat bijirin tanpa kelucutan kulit bagi bijirin.
    • Bijirin yang lebih bersih dan bebas blas, bukan hanya untuk pengilangan makanan tetapi juga untuk stok biji benih.
    • Tiada perubahan kepada gen atau corak bijirin atau peratus amylosacharide kerana kami menggunakan laluan biokimia / fisiologi yang sama.
    • Tempoh produktiviti yang lebih panjang seperti untuk buah-buahan bermusim dan kekacang. Berat yang lebih bagi daun biomas. Peningkatan kualiti buah-buahan – markah bric, mesokarpa pukal dan sebagainya.
    • Aktiviti enzim biokimia dan penukaran tenaga yang dipercepatkan membawa kepada pengoptimaan proses fotosintesis, keteguhan daun bulir, translokasi minyak, kanji, protein air, unsur surih, jel dan sebagainya, pemulihan, pertumbuhan, pembiakan, kependaman tunas, pembungaan serta penghasilan buah dan sebagainya.
    • Tahap ketepatan pengaturan auto yang tinggi di antara tanaman dan aktiviti mikrob; justeru itu, tiada keperluan untuk:
    • Campur tangan hormonal Fitoaleksin
    • Manipulasi baja yang berterusan
    • Unsur surih dan faktor/enzim pertumbuhan

Biodiversiti

Peningkatan aktiviti mikrob baik memberi kesan besar ke atas kesihatan dan aktiviti haiwan termasuk serangga, cacing, burung dan sebagainya. Kesemua makhluk ini mempunyai fungsi yang penting dan bermanfaat untuk keseimbangan alam sekitar dan kesejahteraan kita secara keseluruhan. Nutrenics Plant Biostimulant memberi kesan yang sangat bermanfaat untuk semua perkara ini.

Dengan pengurusan yang betul, mikrob-mikrob ini akan menyeimbangkan kesemua aktiviti-aktiviti terbabit mengikut KEPERLUAN TANAMAN.

Mikrob-mikrob kami separa bergantung kepada gabungan biosinergi berterusan (simbiosis pelbagai peringkat) dengan tanaman agar dapat berfungsi dengan sepatutnya. Produk ini mengandungi beberapa jenis populasi mikrob (yang menjelaskan kepelbagaian fungsi kami) selain fungsi koordinasi mikrob yang penting untuk kesinambungan hubungan ini. Ianya sangat berkesan bagi kebanyakan biom tanah/tanaman.

Mikrob-mikrob ini akan menarik serangga-serangga bermanfaat seperti semut, lebah dan kumbang kekura serta mengurangkan kemungkinan berlakunya sindrom kejatuhan koloni. Mikrob-mikrob ini boleh ditangani oleh kebanyakan haiwan dan menggalakkan peningkatan berat badan bersih ekoran kesan probiotik ke atas stok suapan dan perut. Sebahagian petani melaporkan pengurangan serangan tikus dan kumpulan serangga lelompat-pengorek-lalat putih.

Produk ini dihasilkan berpaksikan sains penghasilan mikrob tanpa penglibatan kejuruteraan genetik.

 

  • Acinobacter
  • Ascoycetes
  • Aspergilus
  • Azotobacter
  • Corynebacter
  • Cyanobacter
  • Frankia
  • Microrkiza
  • Nitrobacter
  • Nitrosomas
  • Penicillium
  • Perlarutan Fosforus
  • Perlarutan Potasium
  • Pseudomonas
  • Rhizobium
  • Silicobacter
  • Perlarutan Silikon
  • Pelbagai Kulat & Kulat Tiruan (mikrob terurai)

 

Sila maklum bahawa semua gambar-gambar di dalam laman sesawang ini adalah gambar tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman sebenar yang menggunakan Nutrenics Plant Biostimulant yang diambil sendiri oleh pihak kami atau pihak pengguna. Tiada gambar stok digunakan seperti yang lazim dilakukan untuk bahan-bahan pemasaran.​

All Right Reserved © Copyright 2018 Nutrenics Sdn. Bhd. Developed by Phantera Studio

FOLLOW US