TANAMAN

Nutrenics Plant Biostimulant memberi pelbagai manfaat untuk tumbuh-tumbuhan yang melalui proses fotosintesis, samada dalam iklim tropika atau sederhana dari taman peribadi sehingga tanaman pertanian komersil. Manfaat-manfaat ini termasuk tetapi tidak terhad kepada yang tersenarai di bawah seksyen “Mengapa mikrob” bagi manfaat tumbuhan. Kami telah menguji Nutrenics Plant Biostimulant selama beberapa tahun ke atas pelbagai jenis tumbuhan dan mencatat keputusan yang menggalakkan dari segi kualiti dan kuantiti hasil tanaman, serta kesuburan tanaman dan tanah. Tanaman-tanaman tersebut termasuk: 

  • Bijirin – Beras, Jagung, Gandum & Barli
  • Pokok Buah-buahan saka (epal, durian, mangga, anggur dan lain-lain)
  • Palma: Minyak Sawit, Kelapa, Pinang dan lain-lain
  • Tanaman Tunai: Nanas, pisang, cili dan lain-lain
  • Tanaman berdaun hijau: Bayam, kubis, salad dan lain-lain
  • Seni lanskap, tanah rumput, dan bunga-bungaan
  • Padang rumput & Tumbuhan hijau

 

Nota: Nutrenics Plant Biostimulant tidak boleh digunakan ke atas cendawan atau kulat kerana kedua-dua tumbuhan ini berbeza daripada tumbuh-tumbuhan yang melalui proses fotosintesis; sebahagian mikrob di dalam Nutrenics Plant Biostimulant mungkin akan menjejaskan pertumbuhan cendawan dan kulat tersebut.

Spinach crops that were treated with Nutrenics
Bayam organik yang disembur dengan Nutrenics

Beras

Padi field crops that were treated with NutrenicsSawah padi yang disembur dengan Nutrenics

Memandangkan beras adalah sumber kanji terbesar di dunia dan kita berada di kawasan tropika, kami lebih banyak menumpukan perhatian ke atas pengoptimaan rutin pertanian bagi meningkatkan hasil tanaman serta memperbaiki dan memulihkan keadaan tanah yang telah tercemar dengan bahan-bahan kimia pertanian. Kami telah menjalankan pelbagai kajian dan ujian ke atas beras terutamanya di kawasan tropika dan telah mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 20-140% bergantung kepada keadaan asalnya dengan penggunaan Nutrenics Plant Biostimulant. Kami sentiasa berusaha memperbaiki produk kami dan berbesar hati untuk membantu meningkatkan hasil tanaman anda di samping mengurangkan kos yang terlibat.

Jagung

Kami telah menjalankan kajian dan ujian ke atas jagung dan mencatat peningkatan hasil lebih 50% berbanding kawalan lazim dengan menggunakan gabungan Nutrenics Plant Biostimulant dan teknik-teknik penanaman berkepadatan tinggi.

Gandum – Di bawah percubaan di UK

​Barli – Di bawah percubaan di UK

Cow grass that has been treated with NutrenicsAxonopus (rumput lembu) yang menggunakan baja kompos Nutrenics dan Plant Biostimulant
Jambu treated with NutrenicsJambu Air yang disembur dengan Nutrenics
Sliced Betel nuts (areca) that was treated with NutrenicsPokok pinang (buah pinang) yang menggunakan baja kompos Nutrenics dan Plant Biostimulant

All Right Reserved © Copyright 2018 Nutrenics Sdn. Bhd. Developed by Phantera Studio

FOLLOW US